SELAMAT DATANG KE BLOG SEKOLAH KEBANGSAAN CHIKU 7 GUA MUSANG KELANTAN

Tahniah Dan Terima Kasih

Warga SK Chiku 7 mengucapkan tahniah kepada Cikgu Mohamed Bin Awang, PK HEM SK Chiku 7 yang telah dinaikkan pangkat ke jawatan PK Pentadbiran di SK Tapang, Kota Bharu.

Warga SK Chiku 7 juga mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan dan jasa yang telah diberikan oleh beliau yang telah berkhidmat selama 2 tahun di SK Chiku 7.

Jasa dan bakti beliau akan diingat dan dikenang selamanya.

Selamat Bertugas Di Sekolah Yang Baru
Jasamu Dikenang

Majlis Berbuka Puasa

Tarikh   : 01 September 2010 bersamaan 22 Ramadhan 1431 hijriah.
Hari      : Rabu
Tempat : Kantin SKChiku 7
Masa    : 6.30 petang
Tetamu : - Semua guru dan kakitangan SK Chiku 7
              - AJK PIBG SK Chiku 7
              - Semua guru KAFA
              - Ibu bapa / penjaga  Murid Tahun 6
              - Murid Tahun 6

Majlis bacaan Yassin dan Tahlil akan diadakan pada pukul 6.40 petang. Semua jemputan diminta datang awal.

Teruskan Peningkatan

SK Chiku 7 meneruskan peningkatan yang memberangsangkan dalam ujian-ujian yang telah dijalankan sebelum UPSR. Ada peningkatan murid yang mendapat 5A pada setiap kali ujian yang dijalankan. Diharap peningkatan ini akan berterusan pada UPSR nanti.
Bilangan Murid 5A berdasarkan ujian
UBB 1 - 1 orang
UBB 2 - 2 orang
Peperiksaan Pertengahan Tahun - 3 orang
Ujian Percubaan - 5 orang

Marilah bersama-sama kita mendoakan kejayaan murid-murid SK Chiku 7.

Tahniah

Tahniah kepada Ustaz Mohd Azman dan Ustazah Ruzita atas kelahiran cahaya mata yang ke 5... Semoga sihat sejahtera hendaknya ibu dan anak..

Kem Kecemerlangan UPSR 2010

Tarikh       : 5 Ogos Hingga 7 Ogos 2010
Tempat     : SK Chiku 7 
Peserta     : Murid-murid Tahun 6


Semoga anda berjaya dengan cemerlang...

Selamat Kembali Ke Sekolah.
Semoga Cuti Dua Minggu 
Memberi Semangat Baru
Untuk Mencurah 
Dan 
Menimba Ilmu.
SELAMAT BERCUTI
KEPADA SEMUA 
WARGA SK CHIKU 7
Bercuti, berehat dan bergembiralah tetapi buku jangan dilupakan

Tahniah!!!

Pihak sekolah dengan bangganya mengucapkan tahniah kepada adik Muhamad Badrul Amin dari Tahun 6 Gigih atas kejayaannya terpilih mewakili Kontijen Hoki MSSK ke kejohanan peringkat MSSM di Kuala Lumpur nanti. Pihak sekolah berbangga dengan kejayaan adik Muhamad Badrul Amin tersebut. Diharap kejayaannya akan menjadi ikutan murid-murid yang lain...

Ucapan tahniah juga diberikan kepada adik Mohd Hukmi dan Mohd Habib atas kejayaan mereka mewakili Kontijen Hoki PPD Gua  Musang ke Kejohanan Hoki Peringkat MSSK.

Tahniah

Gambar- Gambar Sambutan Hari Guru


Insentif untuk tenaga pengajar cemerlang - TPM

SIBU 8 Mei - Kerajaan akan memberi insentif kepada pengetua, guru besar dan guru-guru yang berjaya menjadikan sekolah mereka mencapai tahap cemerlang dalam Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kenyataan Media KPPM Mengenai H1N1

Oleh KPPM pada 15 April 2010: Situasi Semasa Influenza A (H1N1)



TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

RABU, 15 APRIL 2010, PUTRAJAYA


situasi semasa influenza a ( h1n1 )

Laporan Sukan

7 April - Mohd Badrul Amin bersama quartert 4 X 200 meter  Zon 4 telah mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Olahraga Peringkat MSSD Gua  Musang.

11 April - Pasukan Hoki SK Chiku 7 mendapat tempat kedua dalam Kejohanan Hoki Bawah 12 Tahun Lelaki Peringkat MSSD Gua Musang.

13 April - Pasukan Bola Baling SK Chiku 7 berjaya ke separuh akhir dalam Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Tahun Lelaki Peringkat MSSD Gua Musang.

Tahniah diucapkan. Semoga akan memperoleh kejayaan yang lebih baik pada tahun depan.

Rangkuman Berita

1. Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-20 telah dijalankan pada 25 MAc 2010. Kehadiran ibu bapa adalah amat memuaskan. Tahniah kepada ibu bapa murid-murid SK Chiku 7 kerana prihatin dan mengambil berat tentang pendidikan anak-anak mereka.

2. Kejohanan Hoki MSSK Zon 4 PPD Gua Musang bagi kategori perempuan telah diadakan pada 28 dan 29 Mac 2010. Kejohanan ini telah dijalankan di padang SK Chiku 7.

3. Kejohanan Olahraga MSSK Zon 4 PPD Gua Musang telah dijalankan pada 28 Mac 2010 di padang SK Aring. SK Chiku 7 telah menghantar seramai enam orang peserta lelaki bagi menyertai kejohanan tersebut.

4. 28 Mac 2010 - pemantauan perjalanan perhimpunan rasmi sekolah pada hari Ahad  telah dibuat oleh En. Hasan Bin Che Bedollah dari PPD Gua Musang.

5. 28 Mac 2010 - Perasmian Program Anti Dadah Peringkat Sekolah.

PENGUMUMAN

MAJLIS SEMBAHYANG HAJAT DAN RESTU ILMU MURID TAHUN 6 2013

Tarikh : 9 SEPTEMBER 2013
Hari    : Isnin
Masa  : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Sri Gemilang SK Chiku 7

Fokus Pengarah Pelajaran Kelantan 2010

- Menggerakkan program LINUS
- Orientasi Kepimpinan Pengetua / Guru Besar
- Latihan Kepada Pegawai JPN & PPD
- Memperkasa Pedagogi Guru
- Kecemerlangan Peperiksaan Awam
- Disiplin Pelajar

Selamat Datang

Warga SK Chiku 7 mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada En. Mazlan Bin Abdul Ghani ke SK Chiku 7. Beliau akan menjalankan tugas sebagai GPK kokurikulum. Diharapkan dengan kedatangan beliau urusan kokurikulum yang selama ini tertangguh  akan berjalan lancar.

Sambutan Maulidur Rasul 2010 / 1431hijrah

Sambutan Maulidul Rasul Peringkat SK Chiku 7 bagi tahun 2010 / 1431 hijrah akan diadakan pada 10 Mac 2010, (24 Rabiul Awal 1431)Rabu.

ATURCARA MAJLIS
8.00 : Taklimat perarakan Maulidur Rasul
8.30 : - Perarakan Maulidur Rasul (Pelajar, guru dan Ibubapa)
- Penghakiman Sepanduk dan Perarakan.
9.30 : Rehat dan Minum
10.15 : Ketibaan Penceramah Jemputan
- Pertandingan mewarna (Thn 1,2,3 dan Pra di Kantin Sk Chiku 7)
10.30 : Majlis bermula
- Acara Dewan ( Murid tahun 4, 5, 6 , Ibu bapa dan guru)
- Bacaan Doa
- Persembahan Nasyid SK Chiku 7
- Ucapan Alu-aluan Guru Besar
- Ceramah Motivasi oleh
USTAZ ABD HADI B MAT JUNOH
Penyelia Kanan Unit Operasi Dakwah
Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Kelantan
- Penyampaian Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Sk Chiku 7
- Penyampaian Hadiah Pertandingan Sepanduk dan Perarakan Terbaik
- Penyampaian Cenderahati kepada Penceramah
- Bacaan Berzanji dan Selawat.
12.45 : Majlis berakhir dan makan tengahari

Terima Kasih, Jasamu Dikenang!!!

 
Atas dasar perkhidmatan, pihak SK Chiku 7 dengan berat hati melepaskan Cikgu Wan Norhaslizawati Bt Ariffin ke SK Gua Musang. Walaupun perkhidmatan Cikgu Norhaslizawati di SK Chiku 7 tidak lama, pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan.

Akhir kata, kami di SK Chiku 7 mengucapkan "Selamat Maju Jaya" di sekolah yang baru.

01/12/2009 hingga 15/02/2010

Perhatian!

UBB KALI PERTAMA - 22 hingga 24 Februari 2010

Diharapkan semua murid bersedia.
Ujian ini akan dijadikan penilaian awal akan tahap penerimaan anda terhadap pengajaran guru-guru.

SELAMAT MAJU JAYA!!!

Adab Seorang Murid Menuntut Ilmu

Salah satu adab seorang murid kepada gurunya adalah tidak melawan gurunya secara lahir dan tidak menolaknya dalam batin. Orang yang derhaka secara lahir berarti meninggalkan adabnya. Orang yang menolak secara batin berarti menolak pemberiannya. Bahkan, sikap tersebut boleh menjadi permusuhan dengan gurunya. Kerana  itu, murid harus boleh menahan diri untuk tidak menentang guru secara lahir mahupun secara batin dan banyak membaca do’a:

“Wahai Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman terlebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun dan Maha Penyayang.”
(Q.S. Al-Hasyr: 10).

Ciri-ciri Guru Berkesan

Ciri-ciri guru berkesan mengikut mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah ialah;
1. Bersikap profesional.
2. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
3. Kaya ilmu.
4. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
5. Bermoral teguh.
6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
7. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
8. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
9. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
10. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
11. Mempastikan situasi "Guru mengajar murid belajar".
12. Berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
13. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
14. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
15. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
16. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan,bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
17. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&p di sekolah.

Kita tidak sibuk, tetapi menyibuk

Oleh - Norden Mohamed

Dari semasa ke semasa, saya bertemu dengan orang yang kerap komplen mengatakan dia terlalu sibuk. Kononnya kerjanya tidak selesai kerana tugasannya banyak. Kalau dia bertugas di pejabat, dia memberi alasan kerjanya tidak beres kerana failnya bertimbun.

Kalau dia bekerja di luar pejabat, alasan tugasnya yang tertunggak itu berpunca kerana terlalu banyak temu janji yang perlu dihadiri hingga tidak sempat menyudahkan sesuatu kerja yang diberikan.

Mesyuarat Panitia Kali Pertama 2010

Perhatian kepada semua guru!!!.

1. Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan diadakan pada 24 Jan 2010, pada pukul 1.20 tengahari. Semua guru yang terlibat diwajibkan hadir.

2. Mesyuarat Panitia Sains dan Matematik akan diadakan pada 25 Jan 2010, pada pukul 1.20 tengahari.


Semua guru yang terlibat diwajibkan hadir. .

Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR 2009

Satu majlis anugerah kecemerlangan UPSR 2009 telah diadakan di tapak perhimpunan pada 10 Januari 2010. Majlis ini telah dihadiri oleh En. Fairuz iaitu Pengurus Felda Chiku 7 dan juga En. Che Omar selaku Pengerusi PIBG SK Chiku 7.

Selamat Kembali Ke Sekolah

Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua guru dan murid SK Chiku 7. Diharap semua guru dan murid kembali ke sekolah dengan semangat yang berkobar-kobar untuk mencurah dan mencari ilmu.

Pada tahun 2010, 3 orang guru telah berpindah ke sekolah lain. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas segala jasa dan sumbangan yang telah mereka curahkan kepada sekolah selama ini. Pengorbanan dan jasa mereka tidak akan dilupakan buat selamanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...