SELAMAT DATANG KE BLOG SEKOLAH KEBANGSAAN CHIKU 7 GUA MUSANG KELANTAN

Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR 2009

Satu majlis anugerah kecemerlangan UPSR 2009 telah diadakan di tapak perhimpunan pada 10 Januari 2010. Majlis ini telah dihadiri oleh En. Fairuz iaitu Pengurus Felda Chiku 7 dan juga En. Che Omar selaku Pengerusi PIBG SK Chiku 7.


Pada tahun 2009 seramai 3 orang pelajar telah berjaya mendapat 5A.Sekalung tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya mendapat 5A. Kejayaan anda semua telah memberi kebanggaan kepada ibu bapa anda dan juga pihak sekolah.
Kepada pelajar-pelajar Tahun 6 tahun 2010, diharap anda semua menjadikan mereka yang telah berjaya ini sebagai contoh. Kejayaan mereka tentunya bukan datang secara mudah tetapi dengan penuh daya usaha.
Semoga UPSR pada tahun ini akan lebih ramai pelajar yang akan mendapat 5A. Untuk itu, pengorbanan semua warga sekolah adalah amat ditagih. Kerjasama antara guru-guru dan  ibu bapa / penjaga perlu dipereratkan.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...