SELAMAT DATANG KE BLOG SEKOLAH KEBANGSAAN CHIKU 7 GUA MUSANG KELANTAN

Majlis Khatam Al-Quran 2014


Rasional : 

Memupuk kecintaan dan minat terhadap al-Quran merupakan salah satu agenda untuk menghidupkan syiar Islam disamping untuk memahirkan bacaan al Quran.

Objektif :
1.    Yakin dengan bacaan dan penguasaan Al-Quran serta melaziminya dalam kehidupan.
2.    Menghargai dan mengiktiraf serta memberi pendedahan kepada kumpulan pelajar berkenaan.
3.    Menarik minat pelajar untuk membaca dan mengkhatamkan al-Quran.


Tarikh : 10 November 2014M  bersamaan 17 Muharam 1436 H

Murid berkumpul di masjid untuk perarakan ke dewan 

ibu bapa turut serta memeriahkan acara MKQ

Pulut kuning yang disediakan oleh ibu bapa murid yang terlibat MKQ




Berarak sambil berselawat ke atas nabi 

diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Nasir bin Ishak (mantan pensyarah UM) bersama 
guru dan AJK PIBG

sebahagian daripada ibu bapa yang terlibat


Perarakan murid diketuai oleh Ustazah Norlaila

Bacaan Al-Quran oleh adik Fakrudin

Al-Fadhli Ustaz Nasir Ishak dan AJK PIBG

tetamu yang hadir


Ucapan alu-aluan dan perasmian oleh PN Hajah Mek Yah Yaacob 
Guru Besar SK Chiku 7 




sebahagian daripada pulut kuning yang dibawa

Khalifah Katam Al-Fadhil Ustaz Hj Fadhi dan Al-Fadhil Ustaz Nasir 

Persembahan kalam Jamaie 









  Peserta Khatam Al-Quran  






Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SKC7 2014

Unit ko-kurikulum SKC7 telah merancang untuk melaksanakan perkhemahan unit beruniform pada ketetapan berikut:

Tarikh        : 30 Oktober sehingga 1 November 2014

Tempat      : Kawasan padang sekolah

Peserta       : Murid Tahun 4,5 dan 6 dari Persatuan Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah,
                     Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Persatuan Puteri Islam























Program Bubur Asyura(Sarana Sekolah dan Ibu bapa)



Pada hari Selasa 28 Oktober 2014 SKC7 bersama-sama menjayakan Majlis membuat Asura yang dianjurkan oleh pihak Masjid  Felda Chiku 7.Hari Asura atau sering kita kenal dengan hari Asyura (Bhs. Arab), adalah hari kesepuluh pada bulan Muharram. Dalam Islam hari Asura dipandang sebagai hari yang mempunyai keutamaan kerana pada hari tersebut  Allah SWT telah menentukan banyak peristiwa yang terjadi dimuka bumi ini yang bersangkut paut dengan perkembangan agama tauhid.

Sejarah Asal Bubur Asyura


Menurut  sejarah bubur ini adalah untuk memperingati hari Nabi Allah Nuh as. selamat mendarat setelah 40 hari mengharungi bah (banjir) besar yang melanda dunia pada ketika itu.
Diceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada ‘Hari Asyura’. Sesampainya di daratan Nabi Nuh as. bertanya kepada pada umatnya “Masih adakah bekalan pelayaran yang tinggal untuk dimakan?” kemudian mereka menjawab “Ada ya Nabi”.Berkatalah Baginda pada pengikutnya: “Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh as.: “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”. Maka terciptalah satu santapan yang lazat. Itulah Bubur ‘Asyura’. Kemudian Nabi Nuh as. memerintahkan untuk diagih-agihkan kepada semua yang ada.
Berdasarkan kepada kisah inilah kita mengenali Bubur Asyura, iaitu bubur yang dibuat untuk menghormati ‘Hari Asyura’ yang diterjemahkan menjadi ‘bubur untuk kesejahteraan’. Bubur Asyura merupakan perlambangan rasa syukur manusia atas keselamatan yang selama ini diberikan oleh Allah SWT.


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...