SELAMAT DATANG KE BLOG SEKOLAH KEBANGSAAN CHIKU 7 GUA MUSANG KELANTAN

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SKC7 2014

Unit ko-kurikulum SKC7 telah merancang untuk melaksanakan perkhemahan unit beruniform pada ketetapan berikut:

Tarikh        : 30 Oktober sehingga 1 November 2014

Tempat      : Kawasan padang sekolah

Peserta       : Murid Tahun 4,5 dan 6 dari Persatuan Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah,
                     Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Persatuan Puteri Islam























Program Bubur Asyura(Sarana Sekolah dan Ibu bapa)



Pada hari Selasa 28 Oktober 2014 SKC7 bersama-sama menjayakan Majlis membuat Asura yang dianjurkan oleh pihak Masjid  Felda Chiku 7.Hari Asura atau sering kita kenal dengan hari Asyura (Bhs. Arab), adalah hari kesepuluh pada bulan Muharram. Dalam Islam hari Asura dipandang sebagai hari yang mempunyai keutamaan kerana pada hari tersebut  Allah SWT telah menentukan banyak peristiwa yang terjadi dimuka bumi ini yang bersangkut paut dengan perkembangan agama tauhid.

Sejarah Asal Bubur Asyura


Menurut  sejarah bubur ini adalah untuk memperingati hari Nabi Allah Nuh as. selamat mendarat setelah 40 hari mengharungi bah (banjir) besar yang melanda dunia pada ketika itu.
Diceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada ‘Hari Asyura’. Sesampainya di daratan Nabi Nuh as. bertanya kepada pada umatnya “Masih adakah bekalan pelayaran yang tinggal untuk dimakan?” kemudian mereka menjawab “Ada ya Nabi”.Berkatalah Baginda pada pengikutnya: “Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh as.: “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”. Maka terciptalah satu santapan yang lazat. Itulah Bubur ‘Asyura’. Kemudian Nabi Nuh as. memerintahkan untuk diagih-agihkan kepada semua yang ada.
Berdasarkan kepada kisah inilah kita mengenali Bubur Asyura, iaitu bubur yang dibuat untuk menghormati ‘Hari Asyura’ yang diterjemahkan menjadi ‘bubur untuk kesejahteraan’. Bubur Asyura merupakan perlambangan rasa syukur manusia atas keselamatan yang selama ini diberikan oleh Allah SWT.


















Gotong Royong Warga SKC7

"Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat" sudah sinonim dengan warga skc7. Melalui aktiviti sebegini dapat  mengeratkan perpaduan sesama warga skc7 dan  masyarakat. Aktiviti gotong royong ini bertujuan untuk menceriakan kawasan sekolah dan persiapan bilik darjah abad ke 21.Terima kasih kepada warga skc7 yang telah sama-sama terlibat dalam aktiviti ini.
















Sekitar LDP

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) adalah salah satu program  kemajuan staf bagi menyediakan perkhidmatan pengurusan pendidikan keguruan secara profesional, cekap dan berkesan agar para pendidik sentiasa berketrampilan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru (FPG), Visi dan Misi Bahagian Pendidikan Guru (BPG) serta Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Program-program LDP yang dilaksanakan adalah laluan dan usaha untuk mempertingkatkan profesionalisme dan martabat bidang perguruan sebagai satu profesion yang senantiasa dihormati dan disanjung tinggi selaras dengan tuntutan masa kini dan masa depan.

Tarikh : 13 Oktober 2014
Masa  : 1.30 Petang  6.30 Petang
Tempat  : Bilik  Mesyuarat SK Chiku 7









Selamat Menjalani UPKK 2014


Selamat menjalani Ujian Penilaian Kelas Kafa 13 Oktober 2014 sehingga 16 Oktober 2014 kepada semua murid darjah lima SK Chiku 7. Jawab dengan  yakin dan tenang.

Selamat Menyambut Hari Raya Qurban


Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Selamat Hari Raya Eid dul Adha kepada semua Warga SKC7..."Memetik kata-kata seorang cendekiawan: “Isteri jadilah Siti Hajar walau suami bukan Nabi Ibrahim dan jadikan anak-anak kita Nabi Ismail".


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...