Pihak sekolah dengan bangganya mengucapkan tahniah kepada adik Muhamad Badrul Amin dari Tahun 6 Gigih atas kejayaannya terpilih mewakili Kontijen Hoki MSSK ke kejohanan peringkat MSSM di Kuala Lumpur nanti. Pihak sekolah berbangga dengan kejayaan adik Muhamad Badrul Amin tersebut. Diharap kejayaannya akan menjadi ikutan murid-murid yang lain...
Ucapan tahniah juga diberikan kepada adik Mohd Hukmi dan Mohd Habib atas kejayaan mereka mewakili Kontijen Hoki PPD Gua Musang ke Kejohanan Hoki Peringkat MSSK.
Insentif untuk tenaga pengajar cemerlang - TPM
SIBU 8 Mei - Kerajaan akan memberi insentif kepada pengetua, guru besar dan guru-guru yang berjaya menjadikan sekolah mereka mencapai tahap cemerlang dalam Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kenyataan Media KPPM Mengenai H1N1
Oleh KPPM pada 15 April 2010: Situasi Semasa Influenza A (H1N1)
TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
RABU, 15 APRIL 2010, PUTRAJAYA
situasi semasa influenza a ( h1n1 )
Laporan Sukan
7 April - Mohd Badrul Amin bersama quartert 4 X 200 meter Zon 4 telah mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Olahraga Peringkat MSSD Gua Musang.
11 April - Pasukan Hoki SK Chiku 7 mendapat tempat kedua dalam Kejohanan Hoki Bawah 12 Tahun Lelaki Peringkat MSSD Gua Musang.
13 April - Pasukan Bola Baling SK Chiku 7 berjaya ke separuh akhir dalam Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Tahun Lelaki Peringkat MSSD Gua Musang.
Tahniah diucapkan. Semoga akan memperoleh kejayaan yang lebih baik pada tahun depan.
Subscribe to:
Posts (Atom)