Pada hari Selasa 28 Oktober
2014 SKC7 bersama-sama menjayakan Majlis membuat Asura yang dianjurkan oleh
pihak Masjid Felda Chiku 7.Hari Asura
atau sering kita kenal dengan hariAsyura (Bhs.
Arab),adalah hari kesepuluh pada bulan Muharram. Dalam
Islam hari Asura dipandang sebagai hari yang mempunyai keutamaan kerana pada
hari tersebut Allah SWT telah menentukan
banyak peristiwa yang terjadi dimuka bumi ini yang bersangkut paut dengan perkembangan
agama tauhid.
Sejarah Asal Bubur Asyura
Menurut sejarah bubur ini adalah untuk memperingati hari Nabi Allah Nuh as. selamat mendarat setelah 40 hari mengharungi bah (banjir) besar yang melanda dunia pada ketika itu.
Diceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada ‘Hari Asyura’. Sesampainya di daratan Nabi Nuh as. bertanya kepada pada umatnya “Masih adakah bekalan pelayaran yang tinggal untuk dimakan?” kemudian mereka menjawab “Ada ya Nabi”.Berkatalah Baginda pada pengikutnya: “Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh as.: “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”. Maka terciptalah satu santapan yang lazat. Itulah Bubur ‘Asyura’. Kemudian Nabi Nuh as. memerintahkan untuk diagih-agihkan kepada semua yang ada.
Berdasarkan kepada kisah inilah kita mengenali Bubur Asyura, iaitu bubur yang dibuat untuk menghormati ‘Hari Asyura’ yang diterjemahkan menjadi ‘bubur untuk kesejahteraan’. Bubur Asyura merupakan perlambangan rasa syukur manusia atas keselamatan yang selama ini diberikan oleh Allah SWT.
"Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat" sudah sinonim dengan
warga skc7. Melalui aktiviti sebegini dapat mengeratkan perpaduan sesama warga
skc7 dan masyarakat. Aktiviti gotong royong ini bertujuan untuk
menceriakan kawasan sekolah dan persiapan bilik darjah abad ke 21.Terima kasih
kepada warga skc7 yang telah sama-sama terlibat dalam aktiviti ini.
Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) adalah salah satu program kemajuan staf bagi menyediakan perkhidmatan pengurusan pendidikan keguruan secara profesional, cekap dan berkesan agar para pendidik sentiasaberketrampilan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru (FPG), Visi dan Misi Bahagian Pendidikan Guru (BPG) serta Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Program-program LDP yang dilaksanakan adalah laluan dan usaha untuk mempertingkatkanprofesionalisme dan martabat bidang perguruan sebagai satu profesion yang senantiasa dihormati dan disanjung tinggi selaras dengan tuntutan masa kini dan masa depan. Tarikh : 13 Oktober 2014 Masa : 1.30 Petang 6.30 Petang Tempat : Bilik Mesyuarat SK Chiku 7
Selamat menjalani Ujian Penilaian Kelas Kafa 13 Oktober 2014 sehingga 16 Oktober 2014 kepada semua murid darjah lima SK Chiku 7. Jawab dengan yakin dan tenang.