SELAMAT DATANG KE BLOG SEKOLAH KEBANGSAAN CHIKU 7 GUA MUSANG KELANTAN

Kenyataan Media KPPM Mengenai H1N1

Oleh KPPM pada 15 April 2010: Situasi Semasa Influenza A (H1N1)



TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

RABU, 15 APRIL 2010, PUTRAJAYA


situasi semasa influenza a ( h1n1 )




1.         Sepertimana kita sedia maklum, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa berlaku peningkatan trend jangkitan Influenza A (H1N1) telah meningkat berbanding dengan minggu sebelumnya dan didapati berlaku penambahan kejadian kluster Influenza Like Illness (ILI) terutama di sekolah . Kementerian Pelajaran Malaysia amat memandang serius berhubung kualiti kesihatan murid-murid dan warga sekolah. Pada 13 April 2010, beberapa kes kluster ILI telah berlaku di negeri Johor, WP Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan.
2.         Kementerian Pelajaran Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk meyakinkan kepada semua ibubapa supaya tidak panik kerana langkah-langkah proaktif telah diambil sebagai langkah berjaga-jaga. Apa sahaja tindakan yang diambil oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia adalah dengan nasihat Kementerian Kesihatan yang sentiasa membantu dengan memberi khidmat kepakaran mereka dalam menangani kes ini di sekolah-sekolah.
 
3.         Semua Guru Besar dan Pengetua sekolah adalah diingatkan supaya mengambil tindakan proaktif bagi memastikan Influenza A (H1N1) tidak menular di sekolah-sekolah. Sekolah diminta memantau setiap hari jika terdapat tanda-tanda penyakit seperti demam panas dan selsema pada diri pelajar dan warga sekolah hendaklah segera dirujuk kes mereka ke hospital dengan segera. Sila rujuk kepada Surat Siaran Kementerian Pelajaran bertarikh 17 Julai 2009: KP/KPPM/10/Jld.2 (2).
4.            Pihak sekolah telah dimaklumkan bahawa tindakan penutupan sekolah hanya akan diambil sebagai pilihan terakhir. Walau bagaimanapun, jika keadaan memerlukan, pihak sekolah perlu mengambil tindakan berikut
4.1             Murid yang mempunyai simpton ILI tidak dibenarkan hadir ke sekolah.
4.2            Sekolah hendaklah berfungsi seperti biasa, penutupan hanya dibuat apabila sekolah/kelas tidak dapat berfungsi.
4.3             Pengasingan murid yang mempunyai simptom ILI perlu diberi perhatian khusus oleh pihak sekolah.
5.         Sekiranya pihak sekolah mendapati wabak berkenaan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran, pihak sekolah boleh mendapatkan nasihat dari Pegawai Kesihatan Daerah untuk tindakan selanjutnya. Walau bagaimanapun penutupan sekolah adalah terletak dibawah kuasa Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri.
6.         Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa mengingatkan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah serta sekolah agar mengmbil perhatian serius terhadap penularan kluster Influenza A ( H1N1 ) dan mengambil pendekatan yang bijaksana.
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...