Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji
merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia
adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut
pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah
setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah,
diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10
Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan
samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari
ini dipanggil Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Selamat Hari Raya Eid dul Adha kepada semua Warga SKC7..."Memetik kata-kata seorang cendekiawan: Isteri jadilah Siti Hajar walau suami bukan Nabi Ibrahim dan jadikan anak-anak kita Nabi Ismail".

No comments:
Post a Comment